Salam sejahtera semua.. dah lama benor koi
tak update blog koi ni.. title kali ni macam tajuk lagu nasyid je kan.. lagu
daripada kupulan Mestica-Cinta Teragung.. bila hayati lagu ni,kita akan rasa
begitu kagum dengan keagungan Allah..
hmm, dalam dunia ni bermacam jenis manusia
yang koi lihat.. deme ni, ada yang bila sebut je perkataan cinta, excited je nk
mendengornye.. ade pulok yang buat endah tak endah je.. tapi, kali ni koi tak
nak sentuh soal cinta antara lelaki dengan pompuan or cinta sesame manusia..
tapi koi nak citer tentang cinta teragung yang sebenor2 bagi seorang muslim
ialah cinta hamba buat penciptanya iaitu CINTA KEPADA ALLAH S.W.T.. bila koi
dengor bemacam jenis ceramoh dari pelbagai jenis ustaz, ape yang koi dapat
simpulkan yang cinta yang paling kita perlu agungkan ialah cinta kita kepada
Allah S.W.T..
Bermacam cara seorang manusia memupuk
cintanya kepada Allah S.W.T.. ...Kita ni hanya hidup kat dunia sekejap
je.. boleh kata sekejap sangat lah.. kat dunia ni la kita nak kutip semua
peluang yang Allah bagi kat kita untuk capai redha Dia supaya kat akhirat nanti
kita tak tergolong dalam golongan yang rugi.. carilah ilmu sebanyak mungkin..Allah S.W.T
telahpun berpesan kat kita semua dalam Surah Al- ‘Asr, yang bermaksud :
“ demi masa, sungguh,manusia berada dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan
kbajikan serta saling nasihat menasihati untuk kebenaran, dan
saling menasihati untuk kesabaran”..
Jadi, koi nak ajak sahabat2 semua, dalam
kita mengejar mencari cinta Allah, jangan kita biarkan orang sekeliling kita
terus hanyut berada dalam kerugian mengejar dunia yang melalaikan
ni..
Buat saudara-saudari seagama dengan koi yang sedang
sibuk sokmo dengan urusan dunia, jomlah kita berubah.. tak payah la nak malu
untuk berubah, tapi malulah sebab belum berubah.. Allah sokmo2 bagi kita macam2
rezeki, hargailah, hayatilah, sedarlah, kita ni hidup bukan lama mana pun.. segala apa
yang ada pada diri kita ni, SEMUANYA KITA PINJAM JE dari Allah.. Allah bagi
kita pinjam, tinggal kita je nak guna apa yang Allah pinjamkan pada kita
ni untuk kebaikan atau untuk kepuasan diri semata-mata.
.
Kita ni bukanlah kuat sangat untuk menjadi
bahan bakar api neraka.. sedangkan orang yang banyak beribadat pun belum tentu
dapat syurga, ni kan pula kalau langsung tak beribadat.. tak payah la duk
bangga dengan dunia ni..
Buat perempuan semua, jagalah aurat.. tak
payah la nak tunjuk aurat pada lelaki yang tak sepatutnya.. jagalah aurat
dengan sungguh2.. jangan biarkan terbuka sikitpun..haa, tu baru namanya
bersungguh.. ingat!!!!!!! CCTV Allah sentiasa terpasang dan akan di tayangkan
semula kat akhirat nanti.. huhu.. malunya kalau Rasulullah tengok kita dalam
keadaan yang aib(memalukan).. kat akhirat nanti, kita akan menahan malu
sampaikan luruh daging-daging kita ni..fuh..x dapat koi bayangkan.. sedarlah
yang kita adalah umat yang terhebat.. so. Jadilah seorang yang hebat.. hebat
yang yang macam mana?? Hebat dalam mencari redha Allah..
Jadilah umat Raulullah yang terhebat..
sahutlah cabaran Allah dalam surah As-Saff, ayat 10-12 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah
engkau Aku(Allah) tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu
dari azab yang pedih?
(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan
Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih
baik bagi kamu jika kamu mengetahui,
Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan
memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke
tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘And. Itulah KEMENANGAN YANG AGUNG.”
Bukalah minda, jangan butakan mata yang
masih boleh melihat dan jangan pekakkan telinga yang masih boleh melihat untuk
menerima hidayah Allah..
ALLAH ALWAYS WAITING WE’RE COME BACK TO
HIM…^_^
SELAMAT MENUJU REDHA ALLAH..
NOTA :
PERKATAAN
|
MAKSUD
|
Koi
|
Saya
|
Deme
|
Diorang/Mereka
|
Benor
|
Betul
|
Pulok
|
Pulak
|
Mendengornye
|
mendengarnya
|
* yang dalam
table atas ni terjemahan bahasa Pahang..
No comments:
Post a Comment