Sunday 30 December 2012

CINTA TERAGUNG


Salam sejahtera semua.. dah lama benor koi tak update blog koi ni.. title kali ni macam tajuk lagu nasyid je kan.. lagu daripada kupulan Mestica-Cinta Teragung.. bila hayati lagu ni,kita akan rasa begitu kagum dengan keagungan Allah.. 
hmm, dalam dunia ni bermacam jenis manusia yang koi lihat.. deme ni, ada yang bila sebut je perkataan cinta, excited je nk mendengornye.. ade pulok yang buat endah tak endah je.. tapi, kali ni koi tak nak sentuh soal cinta antara lelaki dengan pompuan or cinta sesame manusia.. tapi koi nak citer tentang cinta teragung yang sebenor2 bagi seorang muslim ialah cinta hamba buat penciptanya iaitu CINTA KEPADA ALLAH S.W.T.. bila koi dengor bemacam jenis ceramoh dari pelbagai jenis ustaz, ape yang koi dapat simpulkan yang cinta yang paling kita perlu agungkan ialah cinta kita kepada Allah S.W.T..

Bermacam cara seorang manusia memupuk cintanya kepada Allah S.W.T.. ...Kita ni hanya hidup kat dunia  sekejap je.. boleh kata sekejap sangat lah.. kat dunia ni la kita nak kutip semua peluang yang Allah bagi kat kita untuk capai redha Dia supaya kat akhirat nanti kita tak tergolong dalam golongan yang rugi.. carilah ilmu sebanyak mungkin..Allah S.W.T telahpun berpesan kat kita semua dalam Surah Al- ‘Asr, yang bermaksud : 
“ demi masa, sungguh,manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kbajikan serta saling nasihat menasihati untuk kebenaran, dan saling menasihati untuk kesabaran”..

Jadi, koi nak ajak sahabat2 semua, dalam kita mengejar mencari cinta Allah, jangan kita biarkan orang sekeliling kita terus hanyut berada dalam kerugian mengejar dunia yang melalaikan ni.. 

Buat saudara-saudari seagama dengan koi yang sedang sibuk sokmo dengan urusan dunia, jomlah kita berubah.. tak payah la nak malu untuk berubah, tapi malulah sebab belum berubah.. Allah sokmo2 bagi kita macam2 rezeki, hargailah, hayatilah, sedarlah, kita ni hidup bukan lama mana pun.. segala apa yang ada pada diri kita ni, SEMUANYA KITA PINJAM JE dari Allah.. Allah bagi kita pinjam, tinggal kita je nak guna apa yang Allah pinjamkan pada kita  ni untuk kebaikan atau untuk kepuasan diri semata-mata.
.
Kita ni bukanlah kuat sangat untuk menjadi bahan bakar api neraka.. sedangkan orang yang banyak beribadat pun belum tentu dapat syurga, ni kan pula kalau langsung tak beribadat.. tak payah la duk bangga dengan dunia ni..
Buat perempuan semua, jagalah aurat.. tak payah la nak tunjuk aurat pada lelaki yang tak sepatutnya.. jagalah aurat dengan sungguh2.. jangan biarkan terbuka sikitpun..haa, tu baru namanya bersungguh.. ingat!!!!!!! CCTV Allah sentiasa terpasang dan akan di tayangkan semula kat akhirat nanti.. huhu.. malunya kalau Rasulullah tengok kita dalam keadaan yang aib(memalukan).. kat akhirat nanti, kita akan menahan malu sampaikan luruh daging-daging kita ni..fuh..x dapat koi bayangkan.. sedarlah yang kita adalah umat yang terhebat.. so. Jadilah seorang yang hebat.. hebat yang yang macam mana?? Hebat dalam mencari redha Allah..
Jadilah umat Raulullah yang terhebat.. sahutlah cabaran Allah dalam surah As-Saff, ayat 10-12 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah engkau Aku(Allah) tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui,
Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘And. Itulah KEMENANGAN YANG AGUNG.”

Bukalah minda, jangan butakan mata yang masih boleh melihat dan jangan pekakkan telinga yang masih boleh melihat untuk menerima hidayah Allah..

ALLAH ALWAYS WAITING WE’RE COME BACK TO HIM…^_^

SELAMAT MENUJU REDHA ALLAH..


NOTA :
PERKATAAN
MAKSUD
Koi
Saya
Deme
Diorang/Mereka
Benor
Betul
Pulok
Pulak
Mendengornye
mendengarnya

* yang dalam table atas ni terjemahan  bahasa Pahang..