Wednesday, 22 February 2012

Ya Allah kuatkan semangatku

ya Allah..kuatkan semangat aku hadapi semua ni..
erm,,tiap kali nak exam je, mesti mcm2 masalah bermain dalam fikiran aku...
aku rasa sesak dengan semua ni.. tapi apa yang pasti, aku mesti kuat untuk lawan semua ni..
ya Allah, peliharalah hati kami.. kurniakan ketenangan jiwa kepada kami semua..

kenapa tiap kali aku dengar suara dia, aku rasa sedih sangat.. rasa macam nak nangis pun ada..aku tak sanggup tengok dia terus lalai dengan apa yang dia buat.. walaupun aku cuba untuk tegur dia, tapi aku tau, dia perlukan masa untuk berubah.. tapi bila?? entah la... aku sendiri tak tahu.. hanya Allah yang tahu segala2nya.. aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa supaya Allah membimbing dia ke arah yang diredhai.. kadang2 aku sendiri tak faham.. kenapa mesti rosakkan diri sendiri.. sedangkan ramai yang sayangkan dia.. mungkin dia je yang perasan orang sekeliling dia tak pedulikan tentang dia.. tapi, hakikatnya, setiap detik orang risaukan dia.. setiap saat orang mendoakan apa yang terbaik untuk dia.. tapi kenapa susah untuk dia faham erti sayang.. 

hmm,,,aku tahu, mungkin dia kecewa dengan hidup dia, tapi bila diri sendiri tak kuat, mudah je terjerumus dengan perkara yang negatif.. memang aku akui, aku tak pandai nak tunjukkan rasa sayang aku kat dia.. tapi hakikatnya aku sayang sangat kat dia.. nama dia tak pernah lekang dari mulut aku setiap hari.. tapi, bila aku dapat tahu yang dia dah musnahkan hidup dan masa depan dia, aku rasa kecewa yang teramat sangat.. aku rasa bersalah.. adakah dia lakukan semua tu sebab rasa terasing... saat aku tahu semua tu, aku tak dapat nak fokus belajar.. aku rasa sedih yang teramat sangat.. tapi aku sedar, yang Allah nak uji aku..

 tapi, aku perlukan dia untuk terus bersemangat dalam hidup aku.. aku tak pernah marah dia lama-lama.. aku tak reti nak jauhkan diri aku dari dia sebab aku sayang sangat kat dia..meskipun aku kecewa dengan apa yang dia buat.. tapi aku tak nak biarkan dia sendirian.. aku yakin, yang satu hari nanti dia akan tetap berubah.. apa yang penting, aku tak boleh putus asa dari terus berdoa kepada Allah supaya di kembali ke jalan yang benar sebab aku yakin yang Allahlah yang  berkuasa ke atas segala-galanya.. walau apa pun yang terjadi, aku sendiri harus kuat hadapi semua ni.. 

Ya Allah,, jangan kau lalaikan hati kami biarpun sesaat dari mengingati Mu... kuatkanlah hati-hati kami menempuh setiap ujian yang Engkau berikan.. sesungguhnya Engkaulah segala-segalanya bagi kami..amiin.




No comments:

Post a Comment