Friday 2 December 2011

indahnya sebuah kesabaran..

erm,hidup ni x la seindah yg kte impikan..walau apa pun,kita mesti kuat terima apa jua dugaan dalam hidup ni..apa yang pasti,sabar itu memang indah..seindah manakah sabar itu??x dapat nk gambarkan betapa indahnya sebuah kesabaran..kalau nak rasa macam mana indahnya sabar,kita sendiri kena cuba bersabar bila diuji dan diuji...walaupun kadang kala air mata sebagai teman,tapi kekuatan diri perlu teguh..x kisah lah sebesar mana pun dugaan yg datang..

kadang2 masalah yg kita hadapi x boleh nak share dgn sesiapa pun..mungkin terlalu rumit..kita sendiri x sanggup nk share derita yg kita tanggung tu dengan insan2 yang kita sayang..kita lebih rela derita sendirian semata-mata nak tengok insan2 yang kita sayang bahagia tanpa mengetahui kita derita..kadang2 terpaksa menceriakan orang lain demi untuk menceriakan hati sendiri..yela,bila kita tengok orang sekeliling kita tersenyum,kita turut rasa tenang..

hanya pada Allah tempat kita mengadu..biarlah malam yg sunyi menjadi waktu utk kita meluahkan rasa derita dgn Allah..hanya Allah yang memahami masalah kita..dan hanya Allah yg tau jalan penyelesaian bagi masalah kita..kita sebagai hambaNYA perlu la bersabar dan terus bersabar.

so,bersabar la terima segala ujian dari Allah..relakan hati yg sememangnya milikNYA ini,utk terima takdirNYA..ingatlah apabila kita diuji,jangan rasa lemah dan putus asa kerana insan lain juga diuji dengan ujian yang lebih berat dari apa yg kita alami..

mulakan hidup anda semua dengan lebih bersemangat..dan apabila diuji,mohonlah kekuatan dari ALLAH..janan lupa untuk sentiasa tersenyum kepada orang sekeliling kita..jangan jadi seorang yang sombong..